Thursday 8 December 2011


Doa untuk kedua Ibu Bapa


Dari Abdullah Umar RA berkata:
Rasulullah SAW bersabda “Keredaan Allah adalah di bawah keredaan kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan Allah adalah di bawah kemurkaan kedua-dua ibu bapa.” (HR Tirmizi dan di tashih oleh Ibnu Hibban dan Hakim)
Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata….. .
” Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu…”
Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa baik yang hidup mahupun yang sudah tiada. Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah. Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru-guru kita dan mereka yang banyak menolong kita, berdoa dengan bersungguh-sungguh dan dengan benar-benar doa. Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah.
Subhan Allah, hebat nya kuasa doa, ingat kawan-kawan apa yang perlu kita lakukan hanyalah meminta pertolongan dari Allah dan yakinlah serta berserah kepada Allah sepenuhnya. Tanpa ada perasaan kesal. Setiap masa dan ketika ingat la pada kedua ibu bapa anda dan berdoalah untuk mereka setiap hari.